Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Ahad, 11 Mac 2012


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  ( RPH 1)
MATA PELAJARAN  : BAHASA MELAYU
Tahun     : 5 Arif
Bilangan Murid  : 42 orang
Tema    : Kebudayaan
Tajuk   : Perayaan di Malaysia
Tarikh   : 19 Mac 2012 (ISNIN)
Masa   : 60 minit
Objektif  : Pada akhir pelajaran murid dapat;
i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman  mereka menyambut perayaan secara lisan.
ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan  mengenai perayaan di Malaysia.
iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai  pengalaman mereka menyambut perayaan masing-masing dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.
Hasil Pembelajaran:
1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan  menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai.
 Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul  dan memahami petikan yang dibaca.
  Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada  intonansi berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu  penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
 Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.  Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan  dan intonansi. 
Ilmu  : Bahasa Melayu, Kebudayaan
Nilai   : Kesenian, menghayati, menghormati dan   Menghargai.
 Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir :  Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan  kemahiran mengkategori.
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan  emosi. 
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan  membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.    
BBB   : Power point, buku latihan dan alat tulis.
Isi Pelajaran  Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 
Catatan Murid ditayangkan power point yang berkaitan dengan jenis-jenis  perayaan yang  terdapat di  Malaysia.

Set Induksi (5 minit)
i)murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya.Presentation perayaan di Malaysia.pptx
 ii)murid diminta untuk membezakan jenis perayaan mengikut kaum dan menceritakan pengalaman mereka.
iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu.Murid diberi lembaran kerja membina lima ayat berdasar gambar.
KB : menghubungkait, inferens
BCB: menonton dengan aktif
BBB : power point
Guru memberi  teks cerita yang bertajuk “Perayaan Di Malaysia” melalui power point.

Langkah 1 (15 minit)
i)Murid dikehendaki untuk meneliti  salah satu pautan yang disediakan. 
ii)Murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul. KEPENTINGAN SAMBUTAN PERAYAAN DI MALAYSIA.pptx
iii)Murid-murid yang lain dikehendaki  mendengar dan meneliti teks sambil  memahami petikan tersebut.
iv)Kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut.
KB : membuat inferens
BCB :  i) membaca dengan intonansi yang betul.
ii) Mendengar dengan aktif.
BBB : teks cerita, power point
Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara murid-murid dan melakukan pembentangan melalui power point.

Langkah 2 (15 minit)
i)Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
ii)Murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan.
iii)Murid dikehendaki membentangkan perbezaan antara perayaan yang  terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka.
iv)Kemudian kumpulan yang berjaya menyiapkan dahulu akan membentangkan hasil perbincangan mereka dan mereka akan mendapat
KB :menghubungkaitkan, menjana idea
BCB : memproses  maklumat dan melaporkan maklumat.
KP : verbal linguistik,visual, intrapersonal, interpersonal
Nilai : kerjasama, hormatmenghormati
BBB : power point ganjaran.
v)Guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka.
Guru memberi latihan kepada murid-murid.
Aktiviti Pemgayaan:
Menulis karangan pendek berdasarkan tajuk yang diberi.
Aktiviti Pemulihan:
Menyudahkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong.

Langkah 3 (20 minit)
i)Guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut.
ii)Guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan perayaan di Malaysia. PERBEZAAN PERAYAAN DI MALAYSIA.pptx
iii)Guru membimbing kumpulan murid  yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan teks cerita yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong.
KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens.
BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat.
KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik.
Nilai : bekerjasama, menghargai,.
BBB : kertas latihan.
Guru membuat rumusan mengenai  pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari.
Guru juga  menanyakan nilainilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Penutup (5 minit)
i)murid digalakkan supaya mengumpul  maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka.
ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.
Nilai-nilai murni :
-Menghargai
-Bersyukur
-Menghormati
-bekerjasama




 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  (RPH 2)
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
Tahun  : 5 Arif  
Tarikh : 29 April  2012
Masa   :  60 minit
Bilangan murid : 35 orang
Tajuk :  Alam Sekitar
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:
i. Membaca petikan bertajuk “Alam Sekitar” dengan sebutan dan intonasi yang betul
ii. Memberikan maklumat yang tersurat atau tersirat dalam petikan yang telah disediakan
iii.Mengenalpasti kata nama khas, kata nama am, kata hubung, kata adjektif, kata kerja, ayat majmuk, ayat tunggal.


Fokus utama :
5.1 Membaca perkataan dengan kuat dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.
Aras : 1 (i) membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
Fokus sampingan :
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat
Aras : 1 (i) menerangkan maklumat yang tersurat dan tersirat tentang pengalaman
sedia ada.

Kemahiran bahasa : mendengar dan bertutur, membaca dan menulis
Sistem bahasa : 1. Morfologi : Kata nama khas, kata nama am, kata hubung, kata adjektif
kata kerja,
2. Sintaksis : Ayat tunggal, ayat majmuk, ayat tanya
3. Kosa kata : tanggungjawab, mendidik, gotong-royong, cemerlang,
beruntung, membimbing
Pengisian Kurikulum :
a. Ilmu Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Moral
b. Nilai murni : hormat-menghormati, Semangat bermasyarakat, bekerjasama,kebersihan fizikal dan mental
c. Kemahiran bernilai tambah :
-Kemahiran berfikir : menghubungkait, menganalisis, penyelesaian masalah
-kecerdasan pelbagai : imaginasi, muzik
-strategi : kontektual, direktif, metakognitif
Pengetahuan sedia ada
Ada: berlaku pada diri sendiri
- membina ayat
- mengekategori
-membuat kesimpulan
-menjelaskan

Bahan Bantu Belajar : Lagu Hijau – Zainal Abidin.
Petikan Alam Sekitar
Lembaran Pengurusan Grafik
Teka silang kata
Instrumen Penilaian Kemahiran Menulis



LANGKAH/MASA/ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set induksi ( 7 minit )
1• Murid diperdengarkan Lagu Hijau dan klip video (5.28minit)  Zainal Abidin - Hijau (HQ).mp4
 2. Guru akan bersoal jawab tentang lagu dan mengaitkan dengan alam sekitar
3• Beberapa orang wakil murid diminta untuk  menjawab soalan  yang ditanya oleh guru.
4. Guru akan menerangkan semula maksud bahasa yang digunakan dalam senikata lagu tersebut yang kurang difahami murid.
5• Guru dan murid bersoal jawab tentang senikata lagu- Hijau
BBM:
Lagu Hijau
Lirik lagu
Komputer/LCD

Strategi :
Menjelaskan
Mengenal pasti
Menaakul
Mengkategori

Langkah 1 ( 20 minit )
Murid diberi petikan pendek. Tentang  Alam Sekitar dan menjawab beberapa soalan. KEMPEN ALAM BERSIH HIDUP SIHAT.pptx

1. Apakah bentuk karangan di atas?
2. Pengumuman itu mengenai apa?
3. Bilakah kempen itu akan bermula?
4· Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan kempen itu?

· Guru dan murid bersoal jawab tentang Alam Sekitar.
· Guru mengaitkan tajuk pelajaran


BBM:
 Petikan  Alam Sekitar
Nilai :
Kerjasama
Semangat bermasyarakat
Hormat menghormati
Kebersihan fizikal dan mental


Langkah 2 ( 15 minit )
Kad-kad Arahan :
( Rujuk Lampiran B )

Kumpulan 1 & 2 :
Menyusun dan menulis ayat-ayat yang sesuai mengikut urutan isi
Kumpulan 3 & 4 :
Membina 5 ayat berdasarkan petikan yang diberikan  semasa set induksi
· Kelas dibahagikan kepada 4 kumpulan
· Setiap kumpulan diminta menyelesaikan tugasan yang diberi berdasarkan kad-kad arahan
· Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas
KB :
Penyelesaian Masalah
KP :
Verbal linguistik
BBB :
Kad-kad arahan
Strategi :
Kontekstual Metakognitif

Nilai :
Kerjasama
Berkeyakinan

Langkah 3 ( 10 minit )
Menjawab teka silang kata
( Rujuk lampiran C )
· Guru mengedarkan borang teka silang kata
· Guru memberi penerangan kepada murid apa yang perlu dilakukan
· Guru meminta murid menyelesaikan teka silang kata mengikut urutan nombor yang telah ditetapkan
· Guru dan murid berbincang jawapan teka silang kata
Strategi :
Kontekstual metakognitif
Kb :
Penyelesaian masalah

Penutup( 5 minit )
Penutup kognitif :
Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi?
Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada pelajaran hari ini?

Penutup sosial :
Penutup (3 minit )
· Murid diminta menyatakan perkara-perkara yang telah dipelajari
· Guru membuat penutup sosial

Kerja rumah : Membuat karangan pendek tentang Alam Sekitar  dalm buku Penulisan

Nilai murni :
Bantu membantu
Hormat- menghormati
Kerjasama
 Kebersihan fizikal dan mental
refleksi/Ulasan
Sesi pembelajaran hari ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ingin dicapai. Selain itu, pembelajaran ini mudah dilakukan kerana murid mempunyai pengalaman yang sedia ada. Dengan penerapan nilai yang ditegaskan oleh guru membuatkan murid dapat kesedaran sivik secara langsung seperti bertanggungjawab, berkerjasama, dan tolong menolong.





LEMBARAN KERJA 1.  TAJUK ALAM SEKITAR-  RPH2
JAWAB SOALAN SOALAN BERIKUT.
1.Apakah bentuk karangan di atas?

2. Pengumuman itu mengenai apa?
___________________________________________________________________________
3. Bilakah kempen itu akan bermula?
___________________________________________________________________________
4. Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan kempen ini ?
___________________________________________________________________________
5. Apakah aktiviti yang mungkin menarik minat penduduk kampung turut serta dalam kempen ini ?

___________________________________________________________________________
6. Senaraikan empat aktiviti yang sesuai disertai oleh kanak-kanak
a)_________________________________________________
b)_________________________________________________
c)_________________________________________________
d)________________________________________________

7 Tandakan (/) pada faedah-faedah yang diperoleh daripada Kempen Alam Bersih Hidup Sihat
a)      Mengeratkan perpaduan sesame ahli masyarakat setempat. [      ]
b)      Memberilan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. [      ]
c)      Menggalakkan seseorang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin. [       ]
d)     Meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat. [       ]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan